Saya mengaku. Saya ketagih FB. Paling teruk time sunyi2, bebudak dah tidur and husband keluar outstation. Kadang2, saya suka juga stalk page org2 lain. Its fun. Its informative. Its creepy-I know.
Anyways, I have a student yg sgt bijak. Saya kata dia bijak kerana walaupun berderet hari dia tak hadir ke sekolah, markah peperiksaan dia masih lebih baik dari yg hadir hari2. Tidaklah sempurna, tapi cukup menakjubkan. Budak yg berakal. Ada potensi utk cemerlang kalau dibimbing dgn baik.
Beberapa bulan yg lepas, saya cuba berbincang dengan pelajar ini tentang masalah kehadirannya yg sungguh teruk. Sambil berderai airmata, dia menceritakan bagaimana ibunya memaksanya bekerja di resteron milik keluarga di bandar sampai ke awal pagi. Kononnya ibu kekurangan kakitangan, ayahnya bermasalah dan ibu kerap sakit. Ibunya terlalu sibuk sehingga pelajar ini yg terpaksa menguruskan pekerja malah juga menghantar adik2 ke sekolah pada awal pagi.
Hancur hati mendengar cerita. Pelbagai penyelesaian saya usulkan , termasuk bertanya jika ada ahli keluarga lain yg boleh tumpangkan dia , sementara sebulan dua ini nak STPM. She said no. Nanti kesian adiknya , tiada yg menghantar ke sekolah.
Then, after finals.... lama budak ni menghilang. Dan saya dgn penuh bengongnya percaya dia sibuk bekerja di resteron ibunya sampai ke awal pagi seperti yg dinyatakan. Saya cuba explain apa yg budak itu ceritakan kepada rakan baik saya, juga merupakan guru kelasnya.... dan dinasihatkan utk tidak mempercayai air mata buaya muridnya itu.
"Budak2 sekarang ni mmg pandai merekacipta cerita. Jgn percaya."
Tapi sebab kesian, saya musykil.
Until lah baru2 ni, mangkuk tu tag kawan2nya yang ada add saya di facebook. Gambar dia dan pakwenya yg cukup hodoh minum2 di karaoke atau hotel... mana2 je lah. Saya tidak komen apa2. Tapi saya "LIKE"kan semua foto2nya. Nice....
Ummmm.... memenang kau sibuk ya.... ok. Sambunglah kesibukan mu itu. Ada saya save gambar yang cukup jelita dan bersopan itu di PC, sebagai peringatan untuk tidak sekali-kali terpedaya dgn penipuan dan fitnah durjana pelajar terhadap ibu bapanya sendiri. Menipu ni sama seperti mendoakan keluarga. Kamu kutuk keluarga kata macam2... rupanya kamu lah yang macam2. Bagusnya. Moga tuhan balas kamu dengan balasan yang setimpal, kalau tak kat dunia, kat akhirat pun boleh lagi.
Jgn minta saya post gambar tu. Boleh kena saman nanti jo... Bila dicari balik post tu, dah takde. Search pun tak dapat. Pandai pun mangkuk tu memblock. Patutnya kau block awal2 ya Al-mangkuk, takdelah saya sakit hati macam sekarang ni.
Peringatan untuk diri saya : Dalam 100 pelajar yang baik, pasti ada satu dajjalnya.Mungkin lebih. Maka BERHATI-HATI PERCAYA CAKAP PELAJAR NI.
: Will try never to be so stupid again. Free je kena pijak kepala.
: Will try never to be so stupid again. Free je kena pijak kepala.
You tak salah kerana percayakan dia. You ikhlas nak tolong, ikhlas nak yang baik2 untuk dia. Dia nak dajalkan diri dia sendiri, tak siapa boleh tolong kecuali Tuhan.
ReplyDelete*hugs*