Sunday, 6 November 2011

Isu Pembuangan Bayi (Perbandingan Malaysia Dengan Barat)

Tidak perlu diperkenalkan lanjut tentang masalah pembuangan bayi di Malaysia. Semakin diceritakan semakin sakit hati, sedangkan tiada tindakan serius diambil oleh pihak berwajib untuk membendungnya. Agak terkilan melihat hampir tiada peruntukan langsung dari Belanjawan 2012 baru-baru ini yang ditujukan khas untuk menyelesaikan kemelut sosial ini, walaupun berkali-kali disebut di media.

Bila kita kupas semula faktor berlaku begitu banyak kes pembuangan bayi di negara kita, ada 2 sebab utama.
1. Kita negara sekular. Islam hanya agama rasmi, tetapi penguatkuasaannya amatlah lemah.
2. Disebabkan negara kita negara "Islam", pengguguran anak diharamkan. Ini menyebabkan gadis-gadis yang hamil tanpa dikehendaki 'melupuskan' bayi2 yang tidak berdosa itu dalam cara-cara 'kreatif' mereka yg tersendiri.

Ada pihak yang mengagung2kan Barat dengan begitu lantang. Kenapa Barat kurang kes pembuangan bayi? Statistik menunjukkan bahawa 60% keturunan AS lahir tanpa ikatan perkahwainan antara ibu bapa mereka. Ya, mereka turut menggugurkan bayi yang tidak dikehendaki... ramai berpendapat bayi yang belum lahir, tidak hidup (fakta yg salah, kajian mendapati bayi seawal usia 1 bulan BOLEH merasai kesakitan ketika dalam kandungan). Maka, bayi yg tidak dikehendaki telah dimusnahkan sebelum ia sempat lahir. Tiada yg membuang bayi yang sempurna dilahirkan ke dalam jamban, semak dan keluar tingkap.

Tetapi kita perlu juga lihat bagaimana Barat menangani masalah bayi yang tidak dikehendaki... namun ibunya masih ada perasaan kemanusiaan yang tinggi. Banyak pusat2 jagaan ibu remaja/ibu tunggal yang dibuka di sana. Bayi2 yg tidak sanggup dijaga oleh ibu mereka diuruskan dokumentasi dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan kepada pasangan2 yang mahukan anak. Situasi menang-menang. Si ibu dapat meneruskan kehidupannya ke arah yg lebih baik, dgn harapan dia telah belajar dari kesilapan lampaunya... dan ada pasangan yg tiada anak dpt merasakan kegembiraan mendapat anak. Anak itu pula, jika nasibnya baik, akan mendapat kehidupan yg sempurna. Sekiranya si anak hendak mencari semula ibunya, juga boleh kerana rekod dipegang oleh kerajaan (mendiang Steve Jobs turut berjaya menjejaki ibunya sebelum beliau meninggal).

Permasalahan utama yg menjadi punca kepada gejala pembuangan bayi lebih terletak kepada stigma masyarakat tentang isu kelahiran luar nikah. Dlm Islam, mendapat anak luar nikah itu keji, jijik. Ia merosakkan keturunan manusia. Bayi perempuan tiada taraf boleh kahwin dgn bapa kandungnya sendiri. Malahan ada ibu bapa yang sanggup menyisihkan malah membuang anak perempuan mereka yang mengandung luar nikah.

Keadaan di Barat agak berbeza dari di Malaysia. Bayi luar nikah diterima dengan minda terbuka oleh masyarakat, seawal tahun 1940-50an lagi. Terbahru, ia menjadi satu trend dikalangan artis wanita untuk mendapatkan anak tanpa bernikah (untuk mengelakkan masalah tuntutan penceraian oleh suami2 golongan dayus). Terdapat pasangan yg dapat bertahan bertahun lamanya tinggal bersama tanpa ikatan sah hinggakan anak telah ramai berderet (ie. Goldie Hawn-Kurt Russel Angelina Jolie-Brad Pitt). Trend tidak sihat ini turut tersebar ke ahli masyarakat, khususnya remaja perempuan yang masih bersekolah. Statistik bancian pelajar sekolah mengandung oleh kerajaan Presiden Barrack Obama memperlihatkan pertambahan mendadak. Membimbangkan namun tidak mengejutkan kerana selama ini, kelahiran luar nikah sentiasa mencatatkan pola peningkatan yang berterusan.

Namun, sekiranya kita mengamalkan kaedah Barat yang lebih berfikiran terbuka, bagaimanakah keadaan anak-anak kita kelak? Tidakkah mereka akan menjadi liar dan tidak peduli kerana tiada yang akan marah/menegur jika berkelakuan sumbang?

Tanpa kita berbuat apa-apa semakin ramai bayi tidak berdosa akan menjadi korban ibu (dan bapa) yang cetek agama dan berfikiran pendek. Tanpa peraturan dan pemantauan ketat, isu ini akan berterusan tanpa henti. Tanpa penekanan kesedaran agama, anak2 kita akan terus hanyut.

Ibu bapa harus memainkan peranan memantau anak2, baik dari segi pergaulan.... malah bentuk2 hiburan yg diberikan dirumah (media adalah penghasut No.1 menjatuhkan moral anak2). Dalam dunia yang penuh cabaran sekarang, hiburan berbentuk maksiat berada di mana2 dan berlaku secara terbuka. Tiada apa benteng atau pencegah yang lebih  baik dari ILMU AGAMA!!

No comments:

Post a Comment