Keluar di Utusan Malaysia 21 November 2011 tentang adanya logam dan bakteria dalam air yang dibekalkan Jabatan Bekalan Air Kelantan. Tiada laporan langsung tentang kualiti air di Sabah.
Ni lah rupa air yang ditapis penapis exterior Blondall belakang rumah aku lepas 2 hari dicuci bersih. Lokasi, Sandakan Sabah.
Rasanya, tak perlu lah pihak berkenaan tu masuk bising-bising kat negeri pembangkang dan komplen bekalan air depa tak bersih. Kami-kami yang duduk kat negeri pemerintah ni yang sepatutnya kebajikan lebih dititikberatkan. Kami juga yang mengundi anda.
PS; Nasib baik rumah aku ada bekalan air. Alhamdulillah. Tinggal pakai penapis sahaja. Rumah2 penduduk belah Batu 12, langsung belum masuk meter. Emmm..... pilihanraya dah dekat. Takkanlah duit semua nak pakai kat belah KL jerrr.... ?




O_o
ReplyDeleteNak kena panggil orang TV3 ni, Adlin ... baru la ada tindakan.
:p