Respect is a very important part of a childs education. Kita bukan sekadar mahukan anak-anak yg cemerlang dari segi akademik semata-mata. Beriman kepada Tuhan dan menghormati orang lain , terutama sekali ibu bapa juga perlu diberikan penekanan.
Kelmarin, kami menjalankan sesi mengambil laporan prestasi dan pendaftaran semula pelajar. Dari awal lagi dapat kesan manusia-manusia yg berkenaan yg memang tak mahu membawa ibu bapa dtg mendaftarkan mereka.
Secara peribadi, saya rasa pendekatan pelajar adalah salah kerana ibu bapa merupakan antara faktor terpenting yg menentukan kejayaan anak2. Tiada sokongan , doa atau dorongan ibu bapa memberikan impak yang buruk kpd pelajar. Lebih2 lagi Tingkatan 6... guru2 hanya ingin membantu anda. Bukan smash anak2 depan ibu bapanya sendiri. Apa yg anda takutkan? Takut mak marah? Takut ayah rampas hand phone? Saya tidak nafikan bahawa ada kadang kala ibu bapa boleh 'menyusahkan' anda, tetapi apa keputusan yg mereka lakukan adalah utk kebaikan jangka masa panjang. Mungkin anda malas, mungkin anda terlalu kuat ber-SMS. Mungkin anda sudah terlalu jauh dari apa yg mereka harapkan.
Ia bukannya utk selama2nya. Ibu bapa (termasuklah ANDA, suatu hari nanti) hanya ada dalam purata 18-20 tahun utk membentuk anaknya supaya menjadi manusia yg bersedia dan berketahanan diri untuk bersemuka dgn realiti dunia yang semakin mencabar. Semakin gila. Imagine, adat2, tatasusila Melayu, bahkan agama kita kebelakangan ini banyak diserang, dipermain2kan dan lebih teruk... digugat. Media mempromosikan gaya hidup pergaulan bebas, NGO pula mempertahankan perhubungan songsang.
Terdapat juga NGO yg mempertahankan hak orang ramai untuk bertukar agama, terutamanya di kalangan org2 Islam. Sebagai seorang ibu, saya sendiri berasa gerun...dan tak pasti jika saya cukup yakin anak2 saya sendiri bersedia utk semua yg bakal tiba. Agama Islam sesungguhnya bagai kurang yang mempertahankannya. Mampukah kita?
Antara perlakuan pelajar yang saya nampak adalah pelajar yang tertangkap ponteng dan menipu guru dan ibu bapanya. Bila di "corner" oleh guru, dengan selamba dia menjeling dan melenting. Bukan setakat ibu, bapanya sendiri dia sanggup berkasar bahasa. Kasihan sungguh saya melihat keadaan itu, depan mata. Ini merupakan KALI PERTAMA saya lihat pelajar PRA-U yang kurang ajar kepada bapanya.
Baik betul si bapa. Sabar orangnya. Hati saya berbisik, alangkah baiknya kalau arwah bapa saya masih ada... sabarnya lebih kurang begini. And yet, anak dia masih begitu. Keras kepala. Enggan mengalah. Langsung tidak menampakkan wajah pelajar yg patuh dan hormat kepada org tua seperti ke kelas. Mengejutkan, dan sungguh tak disangka2. Sedih saya tengok.
Satu lagi, tertangkap gara2 saya add abangnya di FB. Saya tergur si abang, kenapa adik lama tak dtg sekolah...besok nak ambil report card dan daftar.... Langsung abangnya terkejut dan forwardkan nombor saya kepada bapa mereka. Rupanya, si adik berbohong menyatakan dia tak datang sekolah kerana ke luar daerah kerana menjaga seorang ahli keluarga yang sakit, yang akhirnya meninggal dunia. Terkejut lagi bapanya. Tiada si anak ini menjaga mana2 ahli keluarga yang sakit. Setahunya, anaknya ke sekolah hari2. Siap diberikan kereta lagi.
Ia menyedihkan. Kita nak memperkasakan Form 6, budak2 STPM sepatutnya lebih berkualiti. Alhamdulillah selama mengajar di sekolah ini, ada di kalangan pelajar2 yg boleh mendapat kelulusan cemerlang dan masuk ke IPTA. Tak kurang juga yg bagai tiada perasaan dan kesedaran tentang apa yg mereka mahukan dalam hidup. Ada kalanya saya rasa malas untuk memikirkan masalah pelajar sedemikian. Biarlah ibu bapa mereka yg selesaikan. Masalahnya, kalau mereka terus menduduki STPM, guru2 juga yang dipersoalkan kenapa kualiti turun. Dan perkara yang paling saya benci ialah pihak2 'sana' yg menyumbat manusia sedemikian ke sistem kami, kemudian tanya balik kenapa keputusan kami tidak sebaik sekolah2 premier yang mampu menolak pelajar2 rayuan.....WTH.
Perkara ini merunsingkan utk fikir. Nah, sekejap lagi nak cuti. Kena de-tox dulu sebelum menghadapi 2012....
Sekadar dijadikan iktibar utk semua.....
PEACE!
Sheesh ... what a rotten kid ...
ReplyDelete